Sunday, September 25, 2022

Ada yang mengaku putera raja Inggeris dan berhak jadi Putra Mahkota

Secara Rawak

LONDON: Simon Dorante-Day, 56, itulah nama insan yang menulis surat peribadi kepada “nenekandanya” mendiang Ratu Elizabeth II awal 2022.

Dorante-Day mengaku beliau anak rahsia Raja Charles III bersama-sama Camilla yang Kini menjadi Raja Inggeris menggantikan bondanya Ratu Elizabeth yang mangkat.

Dorante-Day turut mendakwa, beliau Putera Mahkota yang sah
mengatasi Putera William ketika ini.

Ayah sembilan anak itu sangat berharap mendiang Ratu campur tangan dan mendorong Charles melakukan ujian DNA.

Elvianna, isteri Dorante-Day buka suara mengatakan dia tidak fikir Ratu tahu hal yang harus dikatakan ketika suaminya masih mengejar ayahnya Charles dan ketika Putera William menjadi Putera Mahkota.

Dorante-Day dilaporkan kecewa kerana Charles tidak pernah memenuhi permintaan berulangnya untuk ujian DNA.

Dorante-Day berjanji tidak membiarkan kemangkatan Ratu Elizabeth II menghentikan usahanya menuntut haknya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru