Monday, September 26, 2022

Wartawan “live” tentang isu kemalangan beca, ketika beca terbalik di belakangnya

Secara Rawak

UTTAR PRADESH: Kejadian di Ballia, Uttar Pradesh menyebabkan netizen dan penonton TV tercengang ketika Pravir Kumar sedang ditemu ramah wartawan berkaitan kemalangan jalan raya yang biasanya membabitkan beca elektrik kerana masalah jalan berlubang.

Ketika dia mengatakan aduan mereka meminta jalan raya diperbaiki tidak dihiraukan pihak bertanggungjawab, secara kebetulan sebuah beca membawa penumpang di belakang wartawan itu terbalik.

Kejadian itu secara nyata menjadi saksi masalah kerosakan jalan raya di kawasan itu.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru