Sunday, September 25, 2022

Siapa mahu Mahathir kembali jadi PM, sila angkat tangan

Secara Rawak

Anda mahu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri sekali lagi?

Tolong angkat tangan mereka yang bersetuju.

Betulkah ramai yang mahu Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi?

Semalam, Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa ramai yang mahu beliau kembali menjadi Perdana Menteri.

Terdahulu Mahathir dalam sidang media sempena Konvensyen Pejuanita Malaysia berkata, dia belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin kembali menjadi perdana menteri.

“Saya tak bersedia tapi banyak orang suruh, jadi waktu ini saya tak buat keputusan apa-apa. Saya tak tolak saya tak terima,” kata Mahathir.

Penyakit Mahathir ialah, diia berpendapat hanya dia yang layak untuk menjadi Perdana Menteri dan memimpin negara ini.

Ya, orang lain tak layak.

Hanya dia yang fikir, dia yang paling pandai hendak uruskan negara ini.

Ya, hanya dia yang fikir dia yang dapat ubat penyakit yang dihidapi Malaysia ketika ini.

Sedangkan kita tahu, sebahagian daripada penyakit yang kita hadapi hari ini ialah bikinan Mahathir.

Cukuplah Mahathir, beri peluanglah kepada orang lain pula. Tun dah berusia 97 tahun.

Ya, mereka yang lebih muda.

Rakyat sudah dapat menilai apa yang Tun dah lakukankan dan tidak lakukan dalam 22 bulan menjadi Perdana Menteri.

Bagi rakyat Sarawak, anda hanya pandai membatalkan begitu banyak projek dan menghukum negeri ini.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkasi secara sini bertanya siapakah “mereka yang mahukan Mahathir kembali menerajui negara.

Tak cukupkah sudah jadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.

Mahathir yang dilahirkan di Kampung Seberang Perak, Alor Setar pada 10 Julai 1925 menjadi individu pertama di Malaysia yang menjawat jawatan Perdana Menteri sebanyak dua kali iaitu bermula 16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003 sebagai Perdana Menteri keempat.

Kemudian beliau  menjadi Perdana Menteri ketujuh pada 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.

Beliau juga menjadi individu penting dalam membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 apabila menumpaskan Barisan Nasional yang tidak pernah kalah dalam mana-mana PRU dalam tempoh 61 tahun.

Tidak cukup lagikah? Masih gian dan kemarukkah hendak jadi Perdana Menteri.

“Siapa mereka yang ramai itu? Mukhriz (Mahathir), Kadir Jasin atau Siti Nurhaliza?” soalnya merujuk kepada wartawan veteran dan bekas penasihat media Mahathir, dan juga penyanyi terkenal tanah air.

Pengerusi Pejuang, itu, katanya, sukar untuk kembali menjadi perdana menteri selagi belum melangkah mayat Umno.

“Kenapa nak jadi PM lagi? Mahu tebus dosa? Walaupun Najib (Razak) berjaya dipenjarakan, Tun M sukar jadi PM semula selagi belum langkah mayat Umno.

“Nak tanya (wartawan veteran) Kadir Jasin, apakah ini masalah psikiatrik atau penasihatnya yang ada psikiatrik? Semoga Tun M tidak diberi salah ubat kerana Covid-19,” tulis Mohd Puad dalam hantaran di Facebooknya.

Ya, cukuplah Mahathir. Sebenarnya hanya sedikit yang mahu Tun kembali menjadi Perdana Menteri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru