Monday, September 26, 2022

PRU-15 perlu diadakan tahun ini

Secara Rawak

BAGAN DATUK: Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 perlu diadakan pada tahun ini, tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerana jika PRU dilambatkan maka dibimbangi akan berlaku defisit sokongan.

“PRU mesti diadakan pada tahun ini juga dalam apa juga keadaan. Kalau dilambatkan akan berlaku ‘trust deficit’ atau defisit sokongan’.

“Dari segi politik sangat dinamik, berubah setiap detik, setiap hari setiap minggu, maka kita tidak boleh merendahkan kepedulian terhadap kesiapsiagaan anggota jentera kita.”

Katanya, biarpun strategi atau taktikal diperincikan namun amat penting bagi menggamit hati pengundi.

“Maka pada hari itu pengundi-pengundi mempunyai kuasa sepenuhnya siapa yang akan menguasai dewan undangan negeri, negeri dan negara.

“Pengundi mempunyai banyak pilihan tetapi yakinlah kalau kita bekerja kuat, ikhlas dan ‘track record’ BN dilihat maka pengundi akan memilih semula calon-calon yang akan kita kemukakan,” katanya seperti dipetik Umno Online.

Pelancaran tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang turut memberikan taklimat berkaitan gerak kerja jentera pada PRU kelak.

Jelas Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, kerana itulah kemenangan BN bergantung kepada gerak kerja dan kekuatan jentera parti.

“Kini kita mahu calon dari BN yang meliputi mana-mana kompenan pun akan terus mendapat sokongan, maka kita ketepikan apa-apa perbezaan untuk kita bekerja keras atas lambang BN.

“Kesungguhan untuk gerak kerja jentera memperlihatkan komitmen dalam kesiapsiagaan kerana PRU kali ini sangat-sangat mencabar.

“Ada lapan parti dalam Friends of BN, ada tujuh yang mahu menyertai BN. Adakah kita tak buka minda untuk mereka?”

Jelasnya, sekarang ini dalam negara ada enam parti gabungan iaitu BN, PN, PH, GPS, GRS, GTA – Gila Talak Association.

“Kesatupaduan parti-parti teras, Friends of BN dan tujuh parti lain yang ingin menyertai BN cukup kuat untuk berdepan PRU”

“Setiap hari pengundi bertambah khususnya pengundi 18 tahun. Situasinya berubah dan sekarang BN mesti kembali dominan dengan jentera yang bekerja luar biasa,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru