Sunday, September 25, 2022

PM beri jaminan terus pelihara hak Sarawak, Sabah

Secara Rawak

MELAKA: Sejarah panjang menyaksikan bukan mudah untuk membentuk Malaysia, kata Perdana Menteri.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, membina pasak persefahaman dan mencari muafakat persetujuan negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak termasuklah Singapura berdepan rintangan  bersifat dalaman dan luaran.

Ini jelasnya  termasuklah pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, cabaran ekonomi, kerencaman agama, kaum, budaya dan bahasa.

Beliau berkata segala cabaran membuktikan bahawa tiada jalan pintas dalam melahirkan sebuah negara bangsa berasaskan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kerana menagih pengertian dan memerlukan kesabaran para pejuang

“Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, Hari Malaysia hendaklah menjadi sambutan yang mengingatkan seluruh Keluarga Malaysia tentang kekuatan muafakat dan kesepaduan sosial berteraskan integrasi nasional.

“Tanggal keramat 16 Sept wajar dijadikan titik tolak memperhebatkan azam dan menyemarakkan semangat mencari persamaan. Berpijak di bumi yang sama, Keluarga Malaysia perlu terus berdiri menjunjung langit yang sama, menghayati semangat kesetiaan kepada raja dan negara,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini malam tadi.

“Pada sambutan Hari Malaysia tahun lalu, kerajaan Persekutuan telah menyatakan jaminan untuk memberi perhatian kepada isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak. Umpama peribahasa, bersukat sama paras, bertimbang sama berat, kerajaan mahu melihat Sabah dan Sarawak bersama-sama menikmati pembangunan yang pesat, seperti negeri-negeri lain di Semenanjung,” jelasnya.

“Kerajaan juga komited menghapuskan jurang pembangunan dan ini dibuktikan dengan peruntukan sebanyak RM5.6 bilion untuk Sabah, manakala RM4 bilion untuk Sarawak pada tahun ini, bagi melaksanakan projek pembangunan seperti bekalan air, elektrik, jalan raya serta kemudahan pendidikan dan kesihatan,” katanya lagi.

Perdana Menteri memberi jaminan akan memastikan hak bagi Sabah dan Sarawak seperti terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terpelihara.

Ismail yang juga Pengerusi Majlis Khas Mengenai MA63 berkata majlis khas itu bukan sahaja berperanan merungkai beberapa isu yang tertangguh berhubung hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak, tetapi memberi penekanan kepada usaha-usaha untuk membangun dan memajukan kedua-dua negeri itu.

“Pada sambutan Hari Malaysia tahun lalu, kerajaan Persekutuan telah menyatakan jaminan untuk memberi perhatian kepada isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak. Umpama peribahasa, bersukat sama paras, bertimbang sama berat, kerajaan mahu melihat Sabah dan Sarawak bersama-sama menikmati pembangunan yang pesat, seperti negeri-negeri lain di Semenanjung,” jelas ismail Sabri.

“Kerajaan juga komited menghapuskan jurang pembangunan dan ini dibuktikan dengan peruntukan sebanyak RM5.6 bilion untuk Sabah, manakala RM4 bilion untuk Sarawak pada tahun ini, bagi melaksanakan projek pembangunan seperti bekalan air, elektrik, jalan raya serta kemudahan pendidikan dan kesihatan,” katanya

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru