Monday, September 26, 2022

Pertahankan kestabilan politik Sarawak

Secara Rawak

BINTULU: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg  mengingatkan  perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama  kerana ia  bukan bersifat ‘bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang.’

Justeru, menurut Premier Sarawak, setiap rakyat negeri ini haruslah berusaha untuk merapatkan barisan supaya negeri kita terus mempunyai keupayaan untuk melonjakkan pembangunannya.

“Saya juga amat berharap kestabilan politik di Sarawak terus berkekalan untuk menyediakan ekosistem yang kondusif kepada pembangunan ekonomi dan peningkatan pelaburan dari dalam dan luar negeri dalam bidang perindustrian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak di sini malam tadi.

Beliau menegaskan Sarawak akan terus menggenggam teguh ikrar untuk bersama – sama Malaysia yang dibentuk 59 tahun lalu.

Katanya, malah Sarawak akan turut terlibat membangunkan negara ini berdasarkan terma-terma yang telah dipersetujui,.

“Ikrar berkenaan akan dilakukan berdasarkan terma-terma yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC),” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru