Friday, October 7, 2022

Penjenayah paling bodoh mohon kerja sebagai polis

Secara Rawak

MPUMALANGA: Seorang lelaki mendapat gelaran sebagai ‘penjenayah paling bodoh di Afrika Selatan’ selepas dia dikatakan datang sendiri ke balai polis untuk menyemak permohonannya menyertai pasukan polis.

Thomas Ngcobo, 40, diburu polis selama tujuh tahun atas tuduhan mencuri barangan peralatan rumah bernilai lebih RM5,177.04 (£1,000) yang sepatutnya di mhantar kepada pelanggan pada 2015 lalu.

Menurut Oddity Central, selepas menghantar barangan tersebut ke alamat lain tanpa kebenaran atau pengetahuan pemilik, dia terus melarikan diri.

Jurucakap polis Mpumalanga Brigedier Selvy Mohlala berkata: “Helah kotor suspek terbongkar seminggu kemudian apabila pengurusnya menyemak invois. Dakwaan kecurian itu didaftarkan di Perkhidmatan Polis Afrika Selatan Bethal (SAPS) pada 2015, dan nama Ngcobo dicatat dalam “senarai orang yang dikehendaki”.

Bagaimanapun, tujuh tahun kemudian, suspek mengejutkan polis selepas dia muncul di balai polis untuk mengetahui status permohonan kerjanya.

Media tempatan melaporkan Ngcobo ditahan sejak 16 Ogos lalu dan dia juga dicap sebagai “penjenayah paling bodoh” di negara tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru