38 orang di Sarawak bernama Malaysia

0
3

KUCHING: Bagaimana jika anda diberi nama Malaysia?

Tentu anda bangga bukan?

Bayangkan anda memperkenalkan diri anda kepada orang lain, “Hi, nama saya Malaysia.”

Tahukah anda, di negara ini terdapat 88 orang mempunyai nama Malaysia berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara, menurut laporan The Star hari ini.

Sebanyak 38 terdapat di Sarawak, diikuti Sabah (26), dan Selangor 10.

Tiga belas orang  dilahirkan pada 16 September 1963 ketika Malaysia ditubuhkan apabila persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung.

Namun, Singapura kemudiannya keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Ketika ini, yang paling muda bernama Malaysia berusia lapan thaun manakala yang paling tua 68 tahun.

Terdapat 62 orang perempuan bernama Malaysia manakala selebihnya iaitu 26 orang ialah lelaki.