KUCHING: Sebanyak 1,977 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam termasuk 115 di Sarawak.
Ini menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,815,679.
Jumlah kes aktif sebanyak 27,158, turun 10.1 peratus berbanding 14 hari lalu.
Sebanyak 6 lagi kematian dilaporkan, dengan dua kes meninggal di luar hospital.
Kedah merekodkan dua kematian, diikuti Perak (2), Sabah (1) dan Selangor (1).
Sebanyak 36,305 kematian akibat Covid-19 dicatatkan sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada Mac 2020.