Sunday, October 2, 2022

SUKMA XX MSN 2022: Pingat kedua Arifah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sentuhan hebat berterusan dipamer atlet wushu Sarawak, Yong Arifah Khairul Kok.

Atlet berdarah campuan Melayu/Cina itu sekali lagi berjaya meraih pingat gangsa menerusi kategori Taijiquan.

Memperoleh 9.530 mata pada acara akhir yang berlangsung di Gimnasium 2 Majlis Sukan Negara (MSN) tengahari semalam.

Ia merupakan pingat gangsa kedua buat Yong Arifah Khairul Kok. Selepas berjaya meraih satu lagi pingat gangsa dalam kategori Taijijian pada Rabu.

“Cukup berpuas hati dengan pencapaian ini. Kejayaan beroleh satu lagi pingat gangsa bagi diri saya sebagai satu kejayaan cukup bermakna,” ujar Yong Arifah.

Atlet dari Selangor Mandy Cebelle Chen meraih emas (9.60) mata. Manakala, pingat perak milik atlet dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kwan Yong Xin (9.55 mata).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru