Sunday, October 2, 2022

Sarawak terus tambah pingat Sukma

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pertambahan pingat untuk Kontinjen Sukma Sarawak berjaya diteruskan dari kem wushu hari ini.

Dengan dua pingat yang dioeroleh, masing-masing pingat perak dan gangsa.

Pingat perak disumbangkan oleh Danny Ling Hang Kee dalam kategori Nandao Lelaki dengan (9.616) mata diperoleh.

Gagal mengatasi pencabarnya dari Pulau Pinang, Chuah Shangyang selaku pemenang pingat emas yang berjaya memperoleh (9.643) mata.

TERUS CEMERLANG…Ling (kiri) dan Wong (kanan) dengan pingat masing-masing.

Pingat gangsa acara tersebut dimenangi atket dari Johor, Chan Shi Weng (9.593 mata).

Dalam pada itu, satu kk lagi pingat gangsa disumbangkan oleh Edison Wong Sing Yen kategori Taijijian Lelaki. (9.513 mata).

Pemenang pingat emas milik atlet Pulau Pinang,
Tan Zhu Yan (9.646 mata).

Manakala Kerk Qing dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meraih perak (9.576 mata).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru