Monday, September 26, 2022

Raja poligami abad ini kahwini 53 wanita

Secara Rawak

Seorang lelaki berusia 65 tahun, baru-baru ini menjadi bualan ramai selepas mendakwa berkahwin dengan lebih 53 wanita berbeza dalam usahanya mencari “kestabilan” emosi.

Lelaki tersebut, berkahwin dengan isteri pertamanya ketika dia baru berusia 20 tahun.

Isterinya berusia enam tahun lebih tua daripadanya dan untuk sementara waktu, wanita itu memiliki semua yang diimpikannya.

Pasangan itu mempunyai anak bersama dan semuanya berjalan lancar, tetapi kemudian masalah mula muncul dalam hidupnya dan dia memutuskan berkahwin lagi.

Pada usia 23 tahun, dia memberitahu isterinya dia bercadang mengambil isteri kedua dan berpoligami.

Apabila masalah mula timbul antara kedua-dua isterinya, dia berkahwin untuk kali ketiga, dan kemudian dengan isteri keempat.

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih buruk, jadi dia menceraikan isteri pertama dan kedua, dan kemudian melakukan perkara yang sama dengan yang ketiga dan keempat, kerana mereka juga sering bertengkar.

Usahanya mencari kestabilan diteruskan dan Abdullah ditemu ramah akhbar harian Sabq memberitahu setakat ini dia berkahwin dengan sekitar 53 wanita, dengan perkahwinan terpendeknya hanya satu malam.

Bagaimanapun, dia menegaskan semua perkahwinannya dilakukan secara rasmi dan bukan untuk tujuan mempermainkan pasangannya.

Nampaknya, yang dia cuba lakukan ialah mencari wanita yang akan membahagiakannya hidupnya, tetapi semua perkahwinannya mengalami kegagalan.

Walaupun dia tidak mendedahkan sama ada dia akhirnya menemui wanita idamannya, lelaki itu berkata dia kini hanya memiliki seorang isteri dan tidak bercadang berkahwin lagi.

Kisah lelaki ini tular baru-baru ini, mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen yang memujinya kerana gaya hidupnya yang mencabar, namun rata-ratanya mengelarnya “Raja poligami abad ini”.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru