Monday, September 26, 2022

Perjuangan DAP, PH bankrap idea, kata pemimpin Pas

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Budaya politik fitnah sinonim dengan PH terutamanya DAP dan ia budaya politik kepada sebuah perjuangan yang bankrap idea, menipu rakyat dalam janji-janji mereka, mesra komunis dan menjadi lidah kepada para penentang Islam.

Menurut Pesuruhjaya pas negeri Melaka Zulkifli Ismail, DAP sebagai sebuah parti yang menganuti fahaman sosialis yang merupakan adik kepada fahaman komunis serta para pemimpinnya yang terpalit dengan tuduhan rasuah dan jenayah seksual tidak mampu membawa isu yang benar-benar tulin dan bermanfaat kepada rakyat berbilang kaum di Melaka khususnya dan negara amnya.

“Bimbang terhadap penolakan rakyat yang tidak percaya kepada budaya politik kotor tersebut maka DAP bertindak melemparkan fitnah terhadap PAS dan pemimpinnya,” katanya dalam satu kenyataan.

“PAS sebagai parti yang menjadi bukti bahawa negara ini dan bangsa Melayu apabila berpedomankan Islam mampu sentiasa melahirkan kepimpinan politik yang jujur lagi berintegriti. Hakikat ini adalah sangat-sangat ditakuti oleh DAP,” ujarnya.

Beliau berkata, PAS Negeri Melaka melihat tuduhan dan fitnah jahat yang dilemparkan terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang seorang ulama yang berjasa besar terhadap perjuangan Islam dan negara akan hanya menjauhkan lagi sokongan rakyat terhadap DAP dan sekutu-sekutunya dalam PRU ke-15.

Jelasnya, PAS sebagai parti yang telah terbukti bebas rasuah dalam rekod pentadbirannya di Kelantan serta di Terengganu dan Kedah adalah seperti langit dengan bumi berbanding parti cauvinis DAP.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru