Monday, September 26, 2022

Mesyuarat MKT Umno ditangguhkan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan pada esok, Sabtu, 17 Sept jam 8 malam adalah ditangguhkan.

Ujar Ahmad dalam satu kenyataan media di sini hari ini, ini kerana Perdana Menteri yang juga Naib Presiden parti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terlibat dengan Majlis Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada malam itu.

“Tarikh baharu mesyuarat ialah pada hari Jumaat 30 Sept 2022 jam 8 malam yang merupakan mesyuarat penuh MKT UMNO,” kata Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Dilaporkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian pembukaan temasya SUKMA.

Ahmad  turut memaklumkan bahawa pimpinan UMNO dijemput untuk menghadiri pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) pada esok yang bermula jam 2 petang di Stadium Titiwangsa di sini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru