Monday, December 5, 2022

Menang hadiah tiga buah motosikal

Secara Rawak

KUCHING: Tiga pemenang bertuah darmenggunakan ipada 12,255 orang dipilih menerusi cabutan bertuah sistem dalam talian sempena Kuching Food Festival yang diadakan pada Julai lalu.

Ketiga-tiga pemenang telah dipilih secara rawak oleh Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng menerusi sistem tersebut.

Turut menyaksikan cabutan bertuah yang berlangsung di Tingkat 4 Bangunan MBKS, di sini, semalam, Kaunselor MBKS Goh Tze Hui dan Penolong Pengurus Besar MForce Lee Chai Hock.

Keputusannya, dua orang perempuan dan seorang lelaki menjadi peserta bertuah memenangi hadiah merupakan tiga motosikal jenama WMoto.

Brandon Tay Kai Ren, berjaya mendapat hadiah cabutan bertuah yang pertama, manakala Jee Min Hwa di tempat kedua, diikuti Tay Mui Seah di kedudukan ketiga

Hadiah pertama merupakan WMoto Xtreme 150, diikuti WMoto ES125 di tempat kedua dan WMoto WM110 bagi kedudukan ketiga.

Untuk rekod, kesemua penyertaan tersebut yang dipilih telah berdaftar ketika mengunjungi Kuching Food Festival di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sepanjang 24 hari diadakan.

Dalam pada itu, penaja utama bagi tiga buah motosikal tersebut adalah daripada MForce. Para wartawan dari pelbagai agensi turut dipanggil untuk menyaksikan cabutan undi bagi memastikan ketelusan sepanjang menjalankan sesi tersebut

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru