Monday, September 26, 2022

Jangan lupa sepanjang 22 bulan PH memerintah, kata Ketua Pemuda PN

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) kini sibuk mencari kembali sokongan yang hilang selepas kegagalan memerintah selama 22 bulan, sehingga kini mereka masih tidak mempunyai pendirian jelas mengenai isu integriti, khususnya yang melibatkan pemimpin mereka sendiri, kata Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadli Shaari. 

Menurutnya, mungkin mereka lupa, Lim Guan Eng yang juga merupakan Pengerusi Kebangsaan DAP sendiri, sedang dibicarakan di mahkamah atas tuduhan meminta dan menerima rasuah bersabit projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, semasa beliau menjadi Ketua Menteri. 

“Kes ini masih dalam perbicaraan, tetapi tidak ada satu pun teguran dari pemimpin PH terhadap kes ini. Berbeza jika melibatkan lawan politik mereka, baru kena siasat dah dituduh perasuah,” katanya dalam satu kenyataan.

“Begitu juga dalam kes perbicaraan melibatkan rakan mereka dari MUDA, Syed Saddiq. Beliau sedang berhadapan kes pecah amanah melibatkan wang parti lamanya,” ujarnya. 

“Tetapi tidak ada satu pun teguran dari pemimpin PH terhadap kes ini, malah ada yang bersolidariti lagi bersama beliau di mahkamah,” katanya lagi.

“Jangan lupa, sepanjang 22 bulan PH memerintah, banyak berlaku kes rasuah dan salah guna kuasa yang didakwa melibatkan pemimpin-pemimpin mereka,” jelasnya. 

“Ada sebahagian yang ‘disucikan’ bila Pendakwa Raya menarik semula kes, seperti kes banglo Lim Guan Eng. 

Ada juga kes yang didakwa melibatkan pegawai-pegawai kanan, atau pegawai Menteri-menteri PH. Semuanya senyap sepi, bisu tanpa ulasan dan teguran dari mereka sendiri,” tambah Ahmad Fadhli.

“Rakyat tertanya, apa sebenarnya pendirian PH dalam isu integriti? Adakah hanya berdegang apabila libatkan lawan mereka sahaja, dan kunci mulut apabila libatkan pemimpin sendiri?,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru