Monday, September 26, 2022

Intai pelaburan di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Premier yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bertemu wakil Element 25 Limited, Australia di sini, semalam.

Rombongan Element 25 diwakili pengurus pembangunannya, Neil Graham dan penasihatnya, Azli Mohd Zi untuk berbincang mengenai cadangan pelaburan di Sarawak.

Menurut kenyataanya, mesyuarat berkenaan susulan daripada lawatan delegasi Sarawak yang diketuai oleh Awang Tengah ke Australia dengan syarikat itu memberi taklimat mengenai cadangan pelaburan berkenaan kepada beliau.

“Elemen 25 melalui berminat untuk melabur dalam pengeluaran sulfat ketulenan tinggi untuk bateri litium-ion.

“Dan, lawatan mereka datang ke Sarawak untuk menjalankan kajian kebolehlaksamaan bagi projek ini.

“Malaysia termasuk Sarawak berminat untuk melabur dalam sektor EV. “Kita sudah ada pengeluar lapisan tembaga yang beroperasi di Kuching,” katanya kenyataan itu.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Pemangku Setiausaha Tetap Mintred Dzulkornain Masron, pegawai kanan kerajaan dari EPU Sarawak, Petros. SEB, BDA dan Pelabuhan Samalaju

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru