Monday, September 26, 2022

Gelagat polis kawal aliran trafik menghiburkan, tarik perhatian ramai

Secara Rawak

UTTARAKHAND: Tugas polis trafik antara yang paling sukar, terutama di India yang mempunyai jumlah kenderaan yang banyak.

Sebuah video yang mendapat perhatian di media sosial menunjukkan gelagat anggota polis trafik yang kelihatan gembira dengan tugasnya.

Video yang menunjukkan aksi Jogendra Kumar itu disiarkan oleh agensi berita ANI di Twitter baru-baru ini.

Gelagatnya dirakam semasa mengawal pergerakan kenderaan berhampiran Hospital Jantung Kota di Dehradun Uttarakhand.

Kumar dilihat meniup wisel dan memberi isyarat kepada kereta dan dua roda yang melintasi kawasan itu sambil menari.

Dia juga membuat aksi tangan dan badan sambil tersenyum mesra dan meminta pemandu meneruskan pemanduan masing-masing.

Pemilik kereta dan motosikal terhibur melihat aksinya dan tidak berasa bosan semasa menunggu apabila diminta berhenti bagi memberi laluan kepada kenderaan lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru