Monday, December 5, 2022

Enam kampung di Marudi dijangka dilanda banjir

Secara Rawak

MARUDI: Enam buah kampung di kawasan Marudi dijangka menghadapi banjir berikutan keadaan air masing-masing menunjukkan peningkatan, setakat jam 11.30 pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri, Kapten (PA) Us Usman Harto berkata, kawasan terlibat merupakan Kampung Narum, Ridan, Dagang, pekan Marudi, Padang Kerbau dan Kampung Cina.

Menurutnya, kesemua kawasan tersebut merupakan lokasi tinjauan kawasan berisiko banjir mengikut kenaikan air pada 12 September lalu.

“Semua keadaan air di lokasi adalah menaik yang mana paras air menaik dengan perlahan.

“Hanya beberapa kawasan didapati rumah telah dinaiki air.

“Manakala semua jenis kenderaan masih boleh menggunakan jalan raya utama dan tidak menjejaskan rutin harian masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, rata-rata kawasan tinjauan mengalami kenaikan paras air sehingga mencecah dari 23 inici ke 25 inci dengan keadaan cuaca adalah mendung.

Beliau turut menegaskan agar penduduk bersedia untuk berpindah sekiranya paras air mencecah paras bahaya.

Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka berikutan keadaan masih selamat dan terkawal.

Operasi tinjauan melibatkan seramai tujuh petugas dalam kalangan pegawai dan anggota APM.

SUKAT…Petugas APM melaksanakan pemantauan paras air di Kampung Cina Marudi

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru