Sunday, October 2, 2022

Skuad kriket Sarawak, agi idup agik ngelaban

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Skuad kriket berazam untuk cuba melayakkan diri ke peringkat separuh akhir pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN Kuala Lumpur 2022.

Penolong Ketua Kontinjen (ACDM), Kennedy Chukpai Ugon memberitahu, skuad kriket kali ini lebih bersedia dan berupaya untuk memberikan cabaran kepada pesaing dari negeri lain.

Menurut beliau, walaupun diundi bersama pasukan pilihan seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

Namun, atlet Sarawak tidak gentar malah tetap bersemangat bersama slogan keramat ‘Agi Idup Agi Ngelaban’.

“Kita tetap yakin dengan keupayaan pemain, walaupun diundi bersama pasukan pilihan,” ujar beliau ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan di antara Sarawak dan Sabah di Selangor Turf Club Kriket Oval.

Pada perlawanan tersebut menyaksikan Sarawak berjaya memoeroleh tiga mata selepas mencatat kemenangan (139-22).

Beliau menegaskan, beliau percaya dengan pesiapan rapi pasukan selama ini mampu menjadi penanda aras bagi menyaksikan misi tersebut terlaksana.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru