Monday, September 26, 2022

Siapa calon SUPP-GPS di Miri?

Secara Rawak

MIRI: Siapakah yang bakal menjadi calon SUPP di Parlimen Miri dalam PRU-15 nanti untuk menentang calon pembangkang khususnya dari PKR?

Presidennya SUPP akan menyerahkan tiga nama kepada kepemimpinan tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurut Datuk Sri Dr. Sim Kui Hian, tiga cawangan parti di Miri akan mengemukakan nama kepada parti  seperti amalan sebelum ini.

“Selepas mendapat nama berkenaan, SUPP akan bertemu Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan pemimpin tertinggi lain untuk kita memutuskan calon secara muktamad,” katanya seperti dipetik TVS.

Dr. Sim yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, setakat ini kebanyakan cawangan SUPP telah menghantar nama calon untuk dipertimbangkan bertanding dalam PRU kelak.

“SUPP juga telah membuat semakan latar belakang calon yang akan bertanding,”katanya.

Kerusi Parlimen Miri dimenangi oleh Michael Teo dari PKR sejak 2013.

Dalam PRU lalu, beliau menewaskan Sebastian Ting dari SUPP apabila meraih 35,739 undi berbanding Sebastian yang mendapat 22,076 undi.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru