Monday, September 26, 2022

Rekod baru Guinness: Gunting rambut hanya 47 saat  

Secara Rawak

GREEK: Konstantinos Koutoupis, tukang gunting rambut dari Athens, Greek, baru-baru ini mencatatkan Rekod Dunia Guinness untuk potongan rambut terpantas iaitu masa 47 saat.

Koutoupis kini memegang rekod untuk potongan rambut terpantas dengan menggunakan pencukur atau trimmer rambut.

Klip video berdurasi 3 minit itu menunjukkan tempoh 30 saat Koutoupis memulakan cabarannya.

Dia tidak berhenti sehingga rambut pelanggannya dipotong sempurna.

Pada detik 47.17 saat, Koutoupis berhenti seketika dan mengangkat tangan menandakan tugasnya sudah selesai.

Selepas hakim mengukur panjang rambut memastikan kerja itu disiapkan dengan baik, namanya secara rasmi tersenarai dalam Rekod Dunia Guinness.

Kepantasannya dan gayanya yang santai serta corak potongannya yang kemas menyebabkan netizen terpesona melihat aksinya.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru