Monday, September 26, 2022

Ini alasan Hadi tolak kerjasama dengan PH

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Presiden Pas mendakwa PH mempunyai pemimpin yang bersikap anti-Islam, selain mengancam institusi raja-raja, dan asas-asas Perlembagaan, khususnya kemuliaan Islam sebagai agama persekutuan.

Bahkan, menurut Abdul Hadi Awang   melalui satu hantaran di Facebook, terdapat juga kalangan yang fanatik benci akan Melayu dan bumiputera, tanpa peduli adanya hak terhadap agama lain dan berbagai-bagai kaum yang sudah mencukupi,” katanya

Hadi turut menyifatkan PH sebagai sarat dengan orang “tidak beriman dan bermoral secara terbuka.”

Atas sebab itu, Ahli Parlimen Marang itu mendakwa, PAS menolak kerjasama dengan PH demi menyelamatkan negara.

“Secara tegasnya, PAS menolak mudarat politik yang lebih besar dalam PH dan lebih parah akibatnya kepada negara yang boleh merobohkan asasnya, sehinggakan ia boleh mematahkan cabang-cabangnya yang penting,” katanya lagi.

Hadi menegaskan, PAS tetap mempertahankan hak Melayu, bumiputera dan Islam, dan menentang sikap fanatik perkauman terhadap mana-mana bangsa.

“PAS menegaskan kalau ada sesiapa yang membuat kenyataan orang Melayu ini bersifat perkauman, halaukan dia kerana tidak mengenang budi,” katanya lagi

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru