Monday, September 26, 2022

Ambulans tidak muncul, guna jentolak hantar mangsa ke hospital

Secara Rawak

KATNI: Jentolak digunalan untuk membawa lelaki yang cedera ke hospital selepas ambulans tidak muncul di lokasi kemalangan.

Nahas membabitkan dua motosikal yang berlaku di Katni, Madhya Pradesh, menyebabkan pemuda cedera parah.

Penduduk tempatan berkata, selepas kemalangan itu, mereka menghubungi ambulans membawa mangsa yang cedera ke hospital, tetapi ia tidak tiba walaupun selepas setengah jam sehingga menyebabkan keadaan mangsa semakin teruk.

Orang ramai yang hadir turut meminta bantuan pemandu beca, tetapi tiada sesiapa mahu berhenti membantu.

Ekoran itu, pemilik kedai berdekatan bertindak mengangkat mangsa dengan bantuan beberapa orang lain dan memasukkannya ke dalam jentolak miliknya.

Dia kemudian membawa pemuda yang cedera itu ke hospital menggunakan kenderaan tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru