Monday, September 26, 2022

SUKMA KL 2022 Yong Arifah sumbang pingat pertama Sarawak

Secara Rawak

 

KUALA LUMPUR: Acara wushu memecah monopoli untuk perolehan pingat pertama buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Kuala Lumpur 2022.

Ia berikutan kejayaan
Yong Arifah Khairul Kok meraih pingat gangsa menerusi kategori Taijijian Wanita yang berlangsung di Gimnasium 2, Bukit Jalil pagi tadi.

Dalam acara tersebut, Yong Arifah meraih 9.58 mata, hanya dibeza 0.06 mata kepada pemenang pingat emas dari Melaka iaitu Sydney Chin Sy Xuan.

Sementara itu, pingat perak dimenangi atlet dari Selangor iaitu Mandy Cebelle Chen dengan 9.62 mata.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru