Monday, September 26, 2022

Penjaga gol bantu selamatkan penonton diserang sakit jantung

Secara Rawak

SEPANYOL: Menjelang 10 minit terakhir perlawanan liga bola sepak yang berlangsung antara pasukan Cádiz dengan Barcelona, penjaga gol Cadiz, Conan Ledesma kelihatan berlari memecut ke arah tempat duduk penonton.

Rupa-rupanya berlaku insiden mencemaskan apabila salah seorang penonton mengalami serangan jantung.

Di tangannya kelihatan peralatan defibrilator iaitu sejenis peranti perubatan yang digunakan untuk memulihkan keadaan jantung yang tidak berfungsi seperti normal, khususnya denyutan jantung “terhenti”.

Menurut Instagram “goodnews_movement” memetik kenyataan pasukan Cadiz: “Usaha menyelamat berjaya dilakukan selepas beberapa minit dan mangsa dikejar ke ICU Hospital Puerta del Mar.”

Dalam kenyataan tersebut, pihak pengurusan stadium turut memuji peminat dan pemain bola sepak di stadium itu kerana tindakan pantas mereka membantu dan memenangkan pesakit terbabit.

Perlawanan bola sepak tersebut juga dihentikan seketika sehingga semua urusan membabitkan pesakit itu selesai.

https://www.instagram.com/p/CiZD6IEsS39/

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru