Monday, September 26, 2022

564 atlet bertarung pada SUKMA di Kuala Lumpur

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 564 atlet  akan bertarung pada Sukan Malaysia (Sukma) ke -20 di Kuala Lumpur.

SUKMA  akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah  semalam berkata, kontinjen Sarawak diiringi 41 orang pengurus pasukan dan 107 pegawai sukan.

Jelasnya, Sarawak akan menyertai 31 acara sukan yang membabitkan 426 perlawanan yang diadakan di beberapa venue di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Setelah 14 tahun sejak kali terakhir diadakan di ibu kota, Sukma 2022 edisi ke-20 akan kembali diadakan di Kuala Lumpur tahun ini

Temasya sukan yang dipertandingkan untuk atlet bawah 21 tahun itu sepatutnya diadakan dari 6 hingga 14 Mac 2021 sebelum Para Sukma dari 5 hingga 10 April 2021. Namun sekali lagi ditangguhkan kepada tahun 2024 pula.

Pada 29 Oktober lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan Jawatankuasa Tertinggi Sukma bersetuju Majlis Sukan Negara (MSN) menganjurkannya di ibu kota tetapi tertakluk keputusan Kabinet.

“Dianggarkan seramai lebih kurang 12,000 orang akan terlibat terdiri daripada pegawai, atlet dan petugas temasya dengan penggunaan segala fasiliti ketika Sukan SEA 2017,” katanya pada Februari lalu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru