Sunday, September 25, 2022

SUKMA KL 2022 Sarawak beroleh kemenangan pertama

Secara Rawak

KUCHING: Langkah kanan buat skuad bola sepak apabila berjaya menumpaskan Melaka (2-1) pada aksi pertama peringkat Kumpulan B di Padang UNITEN semalam.

Sekali gus, menghadiahkan tiga mata berharga buat anak-anak buah Safri Amit.

Sentuhan penyudah hebat dua bintang sensasi Mohammad Zharmien Ashraf Ismail dan Ikwan Firdaus Mohd. Zaidi penyumbang kemenangan penuh bermakna menerusi gol yang dijaringkan pada minit ke-17 dan 28.

“Kemenangan yang cukup berharga bagi kita. Apa yang penting sekali tiga mata yang begitu dihajati kami,” ujar Safri.

Menurut Safri, pemainnya beraksi mengikut pelan yang telah diguna pakai.

Katanya, memang barisan pemain kesebelasan utama yang diturunkan diberi tentangan sengit pasukan lawan.

Namun, mereka berjaya mengatasi tekanan sepanjang saingan.

“Syabas dan tahniah kepada semua pemain kerana telah memberi komitmen begitu tinggi pada perlawanan tersebut,” tambah Safri.

Gol tunggal Melaka dijaringkan pada lewat permainan.

Aksi kedua peringkat kumpulan, Sarawak akan menentang Pahang (14 September) dan disusuli aksi terakhir menentang Johor (16 September).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru