Monday, September 26, 2022

Sudah empat kali wanita rancang culik dirinya sendiri

Secara Rawak

MADRID: Sebuah video menakutkan tular menunjukkan wanita ditutup matanya, manakala darah menitik dari mulutnya.

Berdiri di belakangnya, lelaki memegang pisau pada kerongkong tawanannya.

“Ibu, mereka menculik saya dan saya taktahu mengapa,” kata wanita muda itu sambil menangis.

“Jangan bagi tahu apa-apa kepada polis. Jika anda berbuat demikian, mereka akan bunuh saya.”

Namun begitu menurut polis, nyawa individu tersebut tidak pernah pun terancam, malah dia memalsukan semuanya.

Wanita berusia 30 tahun itu dan empat yang lain ditangkap di Pulau Tenerife, Sepanyol, baru-baru ini menurut kata Pengawal Awam dalam satu kenyataan, berhubung dakwaan komplot memeras wang tebusan daripada ibu wanita yang ditahan itu.

Plot yang nyata melibatkan penggunaan darah palsu untuk menguatkan realisme penipu, dengan “mangsa” memberitahu ibunya dalam video bahawa penculik memukulnya berjaya dibongkar pihak berkuasa.

Dalam klip video itu, dia memberitahu ibunya dia tidak diberikan makanan dan tidak dibebaskan sehingga kumpulan yang menculiknya diberikan wang tebusan RM225,100 (AS$50,000).

Menurut kumpulan penyiasat rupa-rupanya ia bukan kali pertama berlaku sebaliknya ibu wanita itu membuat pembayaran serupa RM202,590 (AS$45,000) sebanyak tiga kali sebelum ini selepas dia menerima surat mengancam nyawa anak perempuannya, kata kenyataan Pengawal Awam lagi.

Apabila pihak berkuasa menahan kumpulan itu atas dakwaan skim penipuan, wanita dalam klip itu dan mereka yang terlibat bersamanya dikatakan tinggal di kasino mesin slot.

Penyiasat Pengawal Awam turut menemui darah palsu dan pisau yang digunakan dalam video itu.

Mereka kini menghadapi pelbagai pertuduhan termasuk pemerasan dan kesalahan lain, dengan pertuduhan pemerasan sahaja yang membawa hukuman antara satu hingga lima tahun penjara di Sepanyol.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru