Monday, September 26, 2022

Lelaki usia 102 tahun berjuang buktikan dirinya masih hidup demi dapatkan wang pencen

Secara Rawak

ROHTAK: Seorang lelaki yang mendakwa diumumkan meninggal dunia, sekali
gus menyebabkan pencennya dihentikan oleh kerajaan melancarkan protes luar biasa.

Warga emas tersebut, Duli Chand melakukan perarakan unik, apabila dia menaiki kereta kuda yang dihias indah, diiringi alunan pancaragam membuktikan dia masih hidup dalam rekod rasmi kerajaan.

Pakaiannya juga agak unik, iaitu pakaian pengantin dan dia memulakan perarakan bersama-sama penyokongnya dari Taman Mansarovar menuju rumah rehat Canal di Rohtak dalam usaha mengembalikan pencennya yang dihentikan Mac lalu.

Menurut ahli politik tempatan, maklumat kerajaan mencatatkan Duli Chand sudah “meninggal dunia.”

Ekoran itu warga emas tersebut membawa bersama-samanya maklumat yang diperlukan untuk membuktikan dia masih hidup.

Pada penghujung perarakannya, Duli Chand bertemu bekas menteri dan pemimpin parti BJP Manish Grover serta menuntut pemulihan pencennya, dengan berpandukan semua maklumat yang ada padanya.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru