Monday, September 26, 2022

Enam lelaki bergaduh di Kuching ditahan

Secara Rawak

KUCHING: Polis sedang mengesan beberapa individu yang disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah premis di Lebuh Wayang, di sini Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 7.49 malam.

Katanya, setakat ini, seramai enam lelaki tempatan berumur lingkungan 25 hingga 57 tahun telah ditangkap bagi membantu siasatan.

“Kejadian berlaku berpunca daripada salah faham semasa berhibur di salah sebuah premis berhampiran.

“Tindakan mengesan saki baki suspek yang masih bebas giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, semalaam.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman dengan pemenjaraan selama tempoh tidak sampai lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya,” tegasnya.

Beliau dengan itu mengingatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih kerana ia akan menggangu siasatan yang dijalankan.

Katanya, pihak polis turut mengalukan orang ramai untuk salurkan maklumat terus kepada Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di talian 082-244444 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru