Monday, September 26, 2022

Bayi ditemui di tepi jalan

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Seorang bayi lelaki dipercayai baru berapa hari dilahirkan ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Batu 9 di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan tersebut kira-kira jam 1.24 petang. Katanya, siasatan awal mendapati bayi lelaki itu dijumpai oleh seorang perempuan yang melalui jalan tersebut.

“Bayi lelaki itu telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan dan siasatan lanjut.

“Pegawai perubatan yang merawat bayi tersebut mengesahkan bayi dalam keadaan sihat dan berumur lebih kurang tiga hari,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, setakat laporan polis diterima, tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes masih dalam siasatan pihak polis. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Tegasnya, ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak kurang daripada 12 tahun dan membuang kanak-kanak itu boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau keduaduanya jika sabit kesalahan.

“Pihak polis meminta manamana individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini supaya menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru