Monday, September 26, 2022

Terperangkap dalam belon hidrogen dua hari sejauh 200 batu

Secara Rawak

 

BEIJING: Seorang lelaki berusia 40-an yang hanya dikenali sebagai Hu, dan rakannya memetik kacang pain di taman hutan di wilayah Heilongjiang menggunakan belon hidrogen yang ditambat.

Menurut CBSnews, tali yang menahan belon itu tiba-tiba putus dan rakannya sempat terjun ke bawah.

Hu pula terperangkap di atas belon selama dua hari dan mengembara lebih 200 batu menghampiri sempadan Rusia sebelum berjaya dijejaki menggunakan telefon bimbitnya.

Pasukan penyelamat mengajarnya cara mengempiskan belon tersebut secara perlahan-lahan dan mendarat dengan selamat.

Hu dilaporkan berada dalam keadaan sihat selain mengalami sakit belakang kerana berdiri terlalu lama.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru