Monday, September 26, 2022

Putera William sebagai Putera Mahkota,

Secara Rawak

WINDSOR: Menjelang kemangkatan Ratu Elizabeth II, Putera William dan adiknya Putera Harry masing-masing ditemani pasangan muncul di khayalak di pekarangan Istana Windsor.

Selepas kematian ibu mereka, Puteri Diana akibat kemalangan di Paris pada 1997, hubungan kedua-dua putera itu dilaporkan rapat.

Kini, apabila Raja Charles III ditabal menjadi Raja England, Putera William dimasyhur menjadi Putera Mahkota.

Putera Harry bersama-sama isteri, Meghan Markle yang menjalani kehidupan rakyat biasa di Amerika Syarikat pulang ke Britain atas jemputan William ekoran kemangkatan baginda Ratu pada Khamis lalu.

Sumber diraja menyifatkan perkembangan itu dilihat menunjukkan hubungan dua beradik itu kembali bertaut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru