Monday, September 26, 2022

Pembelian lebih jimat di Jualan Murah Keluarga Malaysia

Secara Rawak

KUCHING: Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) diadakan sehingga hari ini bertempat di CCK Local Kuching City Mall.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak, program tersebut diadakan bermula 9 pagi hingga 5 petang.

“Orang ramai dijemput hadir untuk menikmati harga jualan yang jauh lebih murah yang diadakan.

“Pelbagai promosi barangan khasnya jualan keperluan asas kepada pengunjung yang datang,” kata kenyataan itu semalam.

Beliau berharap masyarakat merebut peluang tersebut untuk meringankan beban dengan peningkatan harga barang selama ini.

Sementara itu, di daerah Asajaya, program ini turut diadakan pada hari yang sama dengan kerjasama premis CCK Fresh Mart.

Pelanggan dialu-alukan berkunjung ke lokasi berkenaan mulai 9 pagi hingga 12 tengahari untuk membuat pembelian lebih jimat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru