Monday, September 26, 2022

Padah bermain dengan ikan buntal

Secara Rawak

https://www.instagram.com/reel/CdJWRkUqNxd/?utm_source=ig_web_copy_link

 

Ramai maklum ikan buntal atau pufferfish, salah satu ikan paling berbahaya dan boleh membunuh mangsa biarpun ikan ini bukan jenis menyengat.

Badan ikan ini dilitupi sirip tajam yang memiliki racun yang boleh membunuh.

Jika pemangsa bersentuhan dengan sirip tersebut, mereka akan menjadi sakit dan mungkin mengalami kecederaan yang boleh membawa maut.

Atas sebab ini, tidak selamat menyentuh ikan buntal dengan tangan kosong.

Di sebalik mengetahui fakta ini, seorang lelaki masih tidak takut bermain dengan ikan tersebut.

Sebuah video yang dikongsi di Instagram oleh pengguna ‘wildlifeanimall’ menunjukkan seorang lelaki mencucuk mulut ikan buntal dengan jari yang baru dikeluarkan dari air.

Ikan itu masih hidup semasa lelaki itu bermain dengannya dan salah satu siripnya terkena jarinya.

Lelaki itu kemudian menjerit sambil melepaskan tangannya dari ikan tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru