Monday, September 26, 2022

Lempar beg plastik berisi diesel

Secara Rawak

KUCHING: Padah melakukan khianat merosakkan kereta jiran dengan melempar beg plastik berisi diesel, seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman terhadap Juwanda Awang Sapuan, 29, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Menurut kertas pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Hashim Jaafar sekitar jam 10.04 malam, 4 September lalu.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau keduaduanya jika sabit kesalahan. Menurut fakta kes, pengadu membuat laporan polis pada 5 September lalu selepas menemui beg plastik pecah yang disyaki mengandungi diesel pada cermin depan keretanya.

Kesan terkena diesel itu, cermin depan dan bonet kereta pengadu rosak hingga menyebabkan kerugian RM100. Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 5 September lalu.

Hasil siasatan mendapati tertuduh sengaja membaling plastik berisi diesel ke arah kereta pengadu dan perbuatan terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Difahamkan, terdapat perselisihan faham antara tertuduh dan mangsa sebelum kejadian.

Selain itu, tertuduh juga berniat hendak membakar kereta pengadu. Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru