Sunday, October 2, 2022

Dana tambahan terangi Jalan Puncak Borneo

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KPKT) memberi dana tambahan RM1.9 juta bagi tujuan menerangi jalan sepanjang Puncak Borneo.

Justeru, fasa kedua projek lampu jalan Puncak Borneo itu bermula Disember ini.

Menurut Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin, sebanyak RM950,000 diperuntukkan bagi melaksanakan fasa kedua projek itu, dan proses tender sedang dijalankan.

Sebelum ini benarnya lampu jalan dipasang opada projek fasa pertama di persimpangan utama dan selekoh tajam Puncak Borneo.

Pada fasa kedua, lampu jalan dipasang dari simpang berhampiran Penjara Puncak Borneo ke Kampung Annah Rais.

Bercakap selepas merasmikan program Merdeka Puncak Borneo di Dewan Serbaguna Teng Bukap,Willie berkata, penduduk tempatan menunggu lebih 20 tahun pemasangan kemudahan berkenaan yang dapat memberi manfaat kesejahteraan dan keselamatan kepada penduduk setempat terutama semasa memandu pada waktu malam.

Tambah Willie, beliau akan terus membawa agenda pembangunan masyarakat, seterusnya mempromosikan kesejahteraan penduduk di Puncak Borneo.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru