Monday, September 26, 2022

Wanita rentung dalam kebakaran di Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Seorang wanita warga Indonesia berusia 24 tahun maut dalam kebakaran membabitkan rumah pekerja kilang papan lapis di Kawasan Perindustrian Kemena, kira-kira jam 2.42 pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata mayat wanita dikenali sebagai Dilla itu ditemukan dalam keadaan rentung di ruang tamu rumah pekerja berkenaan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 2.59 pagi lalu mengerahkan anggota ke lokasi kebakaran.

“Sebaik jentera bomba tiba di lokasi pada jam 3.11 pagi, didapati api telah berjaya dipadamkan oleh penghuni serta pekerja kilang papan lapis berkenaan mengguna sumber air paip, ujarnya.

Menurut beliau lagi, pihaknya turut dimaklumkan terdapat seorang penghuni(mangsa) masih berada di dalam rumah pekerja terbabit.

Difahamkan, rumah pekerja itu dihuni tiga individu wanita termasuk mangsa, namun, semasa kejadian dua rakan mangsa bekerja pada shift malam.

Mayat wanita terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Anggota polis mengangkat mayat wanita warga Indonesia yang rentung dalam kebakaran membabitkan rumah pekerja kilang papan lapis di Kawasan Perindustrian Kemena, awal pagi tadi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru