Thursday, October 6, 2022

Sekolah Antarabangsa di Petra Jaya terima masuk kumpulan pertama 120 murid

Secara Rawak

KUCHING: Beroperasi tahun ini, Sekolah Antarabangsa pertama di Petra Jaya, Kuching menerima masuk 120 murid.

Setakat ini, tenaga pengajar bagi sekolah tersebut disediakan oleh Jawatankuasa Pendidikan Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn, dengan beberapa fasiliti masih tidak mencukupi termasuk kemudahan asramanya, pengambilan awal ini dihadkan.

Memberitahu pemberita di Dewan Masyarakat Tapah, Roland berkata sebuah lagi Sekolah Antarabangsa sedang dalam pembinaan di Batu 12, Kuching.

Manakala, tiga lagi tapak pembangunan Sekolah Antarabangsa di Sibu, Bintulu dan Miri masih dalam proses mengenal pasti tapak.

Menurut Roland, penyiapan sekolah mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga lima tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru