Monday, September 26, 2022

Raja Charles III naik takhta

Secara Rawak

LONDON: Menjelang kemangkatan Ratu Elizabeth II di Istana Balmoral, Charles III naik takhta sebagai Raja Inggeris di Istana Buckingham.

Dalam ucapan pemasyhurannya sebagai Raja, Charles yang pernah menjadi Putera Mahkota dengan usia tertua, banyak mengenang jasa bondanya Ratu Elizabeth II yang memimpin kerajaan Inggeris sepanjang 70 tahun.

“Untuk my darling Mama (Mama tersayang), ketika dirimu memulai perjalanan besar terakhir untuk bersama-sama dengan mendiang Papa tersayang, saya hanya ingin mengatakan terima kasih,” kata Raja Charles III dalam pidatonya.

“Terima kasih atas cinta dan pengabdianmu kepada keluarga kita dan keluarga bangsa yang kamu layani dengan rajin selama ini.”

Charles berjanji melanjutkan khidmat bondanya melayani warga Inggeris dan dunia.

Raja Charles turut menghargai jasa permaisurinya Permaisuri Camilla Rosemary.

Ketika ini, anak sulung Charles, Putera William diumumkan menjadi Prince of Wales.

Putera bongsu Charles, Pangeran Harry dan isterinya Meghan Markle meneruskan kehidupan di luar negara dan khabarnya sempat menghadap mendiang Ratu Elizabeth II April lepas, selepas hampir dua tahun ‘memutuskan’ hubungan dengan keluarga diraja Britain.
Di istana, jika Raja Charles mengingati sang bonda sebagai “my darling Mama”, warga Hong Kong memberi julukan Ratu Elizabeth sebagai “Boss Lady” atau Puan Besar.

Raja Charles semasa menjadi Putera Mahkota pernah mengahwini Lady Diana pada 29 Julai 1981 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera William lahir 1982, dan Putera Henry lahir 1984.

Charles berpisah dengan Lady Diana pada 1996, setelah 15 tahun hidup bersama.

Charles mengahwini Camilla pada 9 April 2005.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru