Thursday, October 6, 2022

Operasi SAR Ago Deng disambung esok

Secara Rawak

MULU: Operasi pencarian Ago Deng yang hilang setelah keluar memancing di sekitar hulu sungai Kampung Batu Bungan, di sini ditangguhkan jam 6 petang, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pencarian melibatkan empat pasukan penyelamat yang terdiri daripada empat anggota pasukan MOCSAR bersama 20 orang penduduk kampung akan bersambung semula esok.

Sebelum ini, katanya, pasukan penyelamat telah menyambung semula pencarian mangsa, lelaki temptan, 65, pada kira-kira jam 7 pagi.

“Dua pasukan melakukan pencarian di darat iaitu kawasan hutan sebelah hulu Kampung Batu Bungan dalam radius 7 KM.

“Manakala dua pasukan lagi melakukan pencarian lagi melakukan pencarian menggunakan perahu di Sungai Melinau, Niah dengan 8 KM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat ini, mangsa masih belum dijumpai.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima laporan berhubung kehilangan mangsa, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Mangsa dikatakan telah keluar dari rumah sejak 25 Ogos yang lalu.

Mangsa dilaporkan tidak balik ke rumah sehingga hari ini.

Laporan polis orang hilang juga telah dibuat oleh keluarga mangsa.

Susulan itu, anggota dari Balai Bombda dan Penyelamat (BBP) Marudi telah digerakkan ke lokasi untuk mencari mangsa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru