Monday, September 26, 2022

KPDNHEP laksana pemantauan berterusan

Secara Rawak

SARIKEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarikei melakukan pemeriksaan di beberapa premis melibatkan daerah ini. 

Menurut kenyataan KPDNHEP Sarikei menerusi Facebook, pemeriksaan itu memfokuskan pemantauan harga dan bekalan item Myharga di sekitar kawasan Meradong dan Sarikei. 

Manakala, pemantauan khas minyak masak botol dan paket 1kg pula hanya di premis yang terpilih.

“Operasi pemantauan berjalan dengan lancar dan didapati penandaan harga adalah jelas dengan item tamat tarikh luput. 

“Kesemua data harga yang dikutip menerusi hasil pemeriksaan tersebut juga dikemas kini dalam Sistem MyHarga,” kata kenyataan itu semalam. 

Antara lokasi premis yang terlibat termasuk Pasar Basah Central Market, Nam Leong Dept Store, Friendly Supermarket, Everwin Eco Mart, Pasar Sungai Rajang, Sarikei. 

Menurut KPDNHEP Operasi seperti ini terus dilakukan dari semasa ke semasa bagi membendung salah laku dan ketirisan barangan bersubsidi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru