Thursday, October 6, 2022

30 klinik kesihatan baharu untuk Sarawak dan Sabah

Secara Rawak

KOTA KINABALU: Kerajaan sedia membina 16 lagi klinik kesihatan di Sarawak dan 14 di Sabah dengan anggaran perbelanjaan RM1.5 bilion.

Berucap pada Dialog Awam Pembangunan HWP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kementerian turut menyasarkan menaik taraf enam hospital bukan pakar kepada hospital pakar minor, masing-masing tiga di Sarawak dan tiga di Sabah.

Sementara itu, Dr Noor Hisham mengaku sistem kesihatan di Sarawak dan Sabah sememangnya memerlukan lebih banyak perhatian dari pelbagai aspek untuk ditambah baik, bagi membolehkan kertas putih kesihatan dibentangkan di Parlimen.

Pada dialog itu, Khairy turut berkata bahawa Kertas Putih Kesihatan (HWP) menjadi dokumen dasar kerajaan penting mengesyorkan reformasi sistem kesihatan negara secara berfasa bagi tempoh 15 tahun akan datang.

Justeru, Suruhanjaya Reformasi Kesihatan ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan HWP dan melalui HWP fungsi kementerian akan menjadi lebih cekap dan berkesan, termasuk  penambahbaikan perancangan sumber manusia.

Ketika ini, Kementerian Kesihatan melakukan transformasi sistem kesihatan negara daripada penjagaan pesakit (sick care) kepada penjagaan kesihatan (health care).

Transformasi itu penting bagi membolehkan pemerkasaan terhadap aktiviti pencegahan penyakit, menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan saringan kesihatan dan perkhidmatan kesihatan primer dalam komuniti.

Beliau berkata transformasi itu juga dapat menggalakkan perluasan rekod kesihatan digital dalam kalangan komuniti dan penggunaan teknologi terkini dalam sektor kesihatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru