Monday, September 26, 2022

Wanita tawarkan seks di Kuching akhirnya…

Secara Rawak

KUCHING: Seorang wanita warga China dijatuhi hukuman denda RM2,000 Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana terlibat dalam aktiviti persundalan dengan menawarkan khidmat seks di sebuah pusat urut di Jalan Tun Jugah, Ogos lepas.

Jika gagal menjelaskan denda wanita tersebut bakal berdepan hukuman penjara satu bulan.

Tertuduh Luan Yan Yan,34, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di bawah Seksyen 379B Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut kertas pertuduhan, pada 30 Ogos lalu sekitar jam 9 malam bertempat di sebuah pusat urut refleksiologi di Jalan Tun Jugah telah mencari langganan yang bermaksud persundalan.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Zubaidah memerintahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut selepas menjalani hukuman atau membayar denda.

Menurut fakta kes, sepasukan polis telah melakukan satu pemeriksaan di pusat terbabit kerana dipercayai menawarkan perkhidmatan seks.

Semasa pemeriksaan, pihak polis berjaya menahan seorang wanita warga asing dan seorang lelaki yang merupakan anggota penyamaran berada di dalam sebuah bilik.

Pihak polis turut merampas sekeping kondom, wang tunai berjumlah RM200 dan sekeping kertas jadual kerja.

Siasatan lanjut, mendapati tertuduh telah menawarkan perkhidmatan seks dengan kadar bayaran RM200 kepada pelanggan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh diwakili seorang peguam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru