Monday, December 5, 2022

Van terbakar di tepi jalan

Secara Rawak

BINTULU: Sebuah van tanpa pemandu yang diparkir di tepi jalan terbakar dalam satu kejadian di Jalan Nyabau di sini, semalam.

Insiden kira-kira jam 10.50 pagi itu dilaporkan berlaku di bahu jalan utama berhampiran loji air. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Bintulu berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.00 pagi.

“Kejadian disedari oleh seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan kejadian sebelum menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, katanya, didapati tiada pemilik van di kawasan itu.

Pada masa yang sama, nombor pendaftaran van juga tidak dapat dikesan akibat kebakaran.

“Kita memulakan operasi dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula sehingga api padam sepenuhnya. Insiden mengakibatkan kenderaan itu musnah sepenuhnya,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru