Thursday, October 6, 2022

Tingkatkan kesedaran pelajar

Secara Rawak

MUKAH: Politeknik Mukah (PMU) mengalu-alukan masyarakat untuk menderma darah pada 17 September ini (Sabtu) bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang di Perkarangan Dewan Serbaguna, Politeknik Mukah.

Program Derma Darah tersebut merupakan anjuran Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dengan kerjasama Unit Keusahawanan, Politeknik Mukah dan Unit Perkhidmatan Tabung Darah, Hospital Mukah.

PMU dalam satu kenyataan menjelaskan program bermatlamat membantu pihak hospital tempatan untuk mendapatkan lebih ramai penderma darah.

“Antara lain ialah untuk meningkatan kesedaran pelajar terhadap tanggungjawab sosial terhadap masyarakat demi untuk meningkatkan lagi kesedaran dan keprihatinan orang ramai tentang kepentingan mendema darah kepada yang memerlukan darah.

“Di samping itu, program ini memberi pengalaman untuk merancang, mengurus dan mengelolakan Program Kempen Derma Darah khususnya bagi Pelajar dalam Inkubator Inqbiz Tech One Stop Centre,” jelas kenyataan tersebut.

Inkubator Inqbiz Tech One Stop Centre mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu kempen menderma darah bagi membantu pihak hospital tempatan mendapatkan lebih ramai lagi penderma terutamanya di kawasan Mukah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru