Monday, September 26, 2022

Dakwa diajak tonton video lucah: Bapa pelakon remaja direman

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bapa kepada pelakon remaja berusia 15 tahun yang didakwa melakukan serangan seksual terhadapnya  kini direman sehingga 12 Sept selepas ditahan polis pada 2.45 petang Selasa.

Menurut Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat, polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek yang akan dianalisis Jabatan Forensik polis.

“Saringan air kencing ke atas OKT adalah negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya dalam kenyataan merujuk kepada Orang Kena Tuduh.

“OKT direman sehingga 12 Sept untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan pelakon remaja itu membuat pendedahan yang mendakwa pernah diajak bapanya menonton filem lucah bersama, selain mendakwa pernah beberapa kali diraba lelaki itu.

Sebuah akhbar pada Isnin lepas melaporkan bapa kepada pelakon terbabit telah membuat laporan di Balai Bandar Baharu, Kedah pada Ahad susulan pendedahan dibuat anaknya di halaman perkongsian video, YouTube mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya semasa berusia enam tahun.

Satu lagi laporan menyatakan, bapa kepada pelakon remaja perempuan yang dikatakan bersikap buruk seperti didedahkan anaknya hingga tular di media sosial baru-baru ini mendakwa dia masih berfikiran waras dan mempunyai pegangan agama.

Lelaki berusia 44 tahun itu dalam laporan polis juga mendakwa yang dia secara jujur sebagai seorang bapa tidak pernah sesekali terlintas melakukan perbuatan keji terbabit terhadap anak perempuannya itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru