Monday, September 26, 2022

Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri kes rasuah RM2.8 juta

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad diperintah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur agar membela diri terhadap tuduhan rasuah.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 64, berdepan tiga pertuduhan menerima rasuah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan Felcra Berhad untuk pelaburan RM150 juta dalam produk unit amanah Public Mutual.

Zizie Izette, 44, pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya.

Menurut Hakim Rozina Ayob, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pasangan itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru