Thursday, October 6, 2022

Allan Siden cetus semangat Machan

Secara Rawak

SKUAD serba mantap, Machan FC kini memburu juara setelah menunjukkan prestasi hebat sepanjang Liga Bola Sepak Zon Tengah, Sibu 2022.

Kejayaan menempah tiket ke perlawanan akhir kejohanan berprestij anjuran Kelab Bola Sepak Daerah Sibu (SD FC) itu merupakan satu kejayaan yang membanggakan.

Mereka akan menentang skuad 7DSC di Stadium Tan Sri Azman Hashim, Sibu Sabtu ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machan, Allan Siden Gramong merupakan watak penting kejayaan pasukan.

Pengurus Machan FC, Azizie Fauzi merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil rakyat tersebut.

“Bermula dari idea beliau, maka tercetus pembentukan pasukan ini (Machan FC). Beliau amat menitikberatkan pembangunan sukan, termasuk bola sepak.

“Apa yang ditekankan beliau ialah pembangunan bakat-bakat belia khususnya di kawasan Dun Machan,” ujar Azizie kepada Arena Suara Sarawak. Katanya, apa yang mencuri tumpuan ialah ini pertama kali pasukan Machan FC menyertai kejohanan besar.

Justeru tambah Azizie, komitmen serta sokongan padu Allan Sigen Gramong telah berjaya meletakkan Machan FC dalam kelas tersendiri.

“Kami akan cuba merealisasikan impian menjulang mahkota juara, sekali gus mencipta sejarah tersendiri,” jelas Azizie lagi.

Machan FC bimbingan bekas pemain Sarawak, Ramles Sari mara ke final setelah mengalahkan pilihan juara, Nangka United 4-2 melalui sepakan penalti.

Kedua-duanya terikat 0-0 sepanjang dua aksi separuh akhir.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru